Company Profile

Prima Home Agency Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 12 Oktober 2012. Syarikat ini memberi peluang kepada setiap individu yang berkeinginan membeli rumah sendiri untuk hidup dengan selesa dan harmoni. Prima Home Agency Sdn. Bhd. mengamalkan situasi “Win-Win Situation” yang mana pelanggan mendapat informasi harga yang diinginkan selari dengan harga pasaran semasa dan yang penting adalah mengikut tahap kemampuan individu.

Pulau Pinang adalah lokasi di mana terletaknya pejabat urusan syarikat kami yang rasmi. Kedudukan yang strategik ini adalah amat bersesuaian untuk memulakan operasi perniagaan berikutan dengan keadaan ekonomi negeri yang rancak membangun dan sekali gus kedudukan geografiknya yang menarik membuatkan harga rumah di Pulau Pinang meningkat mendadak. Ini membuatkan syarikat kami bersesuaian dengan misi syarikat iaitu menjadi perunding perkhidmatan perumahan yang terbaik di Pulau Pinang & Kedah dan sekaligus diantara syarikat penasihat perumahan yang terbaik di Malaysia.

Syarikat kami mempunyai kelebihan dan kelainan yang tersendiri. Keistimewaan kami adalah menyediakan pakej pemilikan rumah tanpa deposit. Pembeli tidak perlu mengeluarkan duit permulaan untuk memiliki rumah idaman, ini tertakluk kepada terma & syarat kelayakan individu.

Prima Home Agency Sdn. Bhd. menongkah arus selaras dengan era baru dalam industri perumahan. Oleh yang demikian, arus pemodenan ini memberi kami cabaran dalam menyediakan kepakaran dan pengetahuan yang pelbagai demi mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Kami memfokuskan kepada individu yang berpendapatan sederhana yang mana mereka sebenarnya mampu untuk memiliki rumah idaman yang selesa dan kami berusaha untuk merealisasikannya dengan adanya skim pemilikan rumah tanpa deposit kami.

Kami amat berterima kasih kepada semua pelanggan yang merealisasikan segalanya bersama kami!

Maklumat Syarikat

Nama Syarikat : PRIMA HOME AGENCY SDN. BHD.
Ibu Pejabat : 98-03-8A, Block 8&9 Prima Tanjung,
Jalan Fettes, 10470 Georgetown,
Tel: 604-899 2013 / 898 2013
Fax: 604-898 2013
Email: info@primahomeagency.com
Alamat Cawangan : 471-A Jalan Permatang Rawa,
Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam
Tel : 604-538 2013/604-537 3013
Fax: 604-537 3013
Email:branch.bm@primahomeagency.com
Alamat Cawangan : No.17A, LORONG BLM 1/6
Bandar Laguna Merbok 08000 Sungai Petani
Tel : 604-4400446 / 604-4413552
Fax : 604-4413552
Email:branch.sp@primahomeagency.com
No. SYarikat : 1020741-D
Tarikh didaftarkan : 12/10/2012
Jenis syarikat : SDN BHD
Lembaga Pengarah :
  1. Zakri bin Othman
  2. Norazman bin Nordin

Visi

MEMUDAHKAN CARA pemilikan rumah mampu milik dengan kepuasan pelanggan

Misi

Professional & berkualiti dalam dalam pengurusan
Rancang kewangan dengan berkhemah
Integriti diterapkan untuk jaminan kepuasan pelanggan
Mampu milik yang realiti dan dimiliki.
Aset masa hadapan pelanggan serta generasi mereka.

Nilai Korporat Syarikat

 Harapan kerajaan pada masyarakat dapat dicapai  dengan jayanya.
 Organisasi yang tersusun mengikut kepiawaian dunia
 Merancang dengan strategik dan tersusun
 Era generasi baru dapat memiliki asset dengan mengurangkan tekanan dalam realiti.

PRIMA HOME AGENCY SDN BHD adalah syarikat PEMUDAHCARA BUMIPUTERA yang menyediakan solusi ” Pakej Pemilikan Rumah Tanpa Wang Pendahuluan”. Dengan skim pakej ini, syarikat kami percaya yang kami dapat merialisasikan pembelian sebuah rumah mampu milik.